Latihan Kebakaran 2017 PI Zon Miri
21 Mei 2017 | Aktiviti TerkiniLatihan tersebut telah dijalankan bertujuan untuk memberi latihan dan penerangan asas mengenai langkah-langkah menghadapi situasi kecemasan dan kebakaran. Secara tidak langsung latihan ini telah meningkatkan pengetahuan warga kerja PI dan komuniti setempat akan mengenai langkah-langkah mencegah kebakaran serta cara mengawal kebakaran daripada merebak.
Program berkenaan telah disertai oleh 34 peserta (Warga kerja PI Zon Miri & Komuniti Setempat) dan telah berlangsung selama dua jam iaitu daripada pukul 10 pagi sehingga 12 tengah hari.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: